MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Gotong-royong keceriaan-11 Februari 2024

pokok

Tarikh: 11 Februari 2024

Tempat: Taman Desa Raya Hulu Langat

Pada hari ini, 11 Februari 2024, sebuah program gotong-royong keceriaan telah diadakan di Taman Desa Raya Hulu Langat. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan dihadiri oleh Tn. Haji Zainal Abidin Bin Abdullah, Pengerusi Persatuan Komuniti Taman Desa Raya, yang mewakili Ahli Majlis Zon 1. Seramai 30 orang telah menyertai program ini.

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan sebuah tempat rekreasi yang selesa dari segi keselamatan dan keceriaan kepada penduduk Taman Desa Raya khususnya, dan penduduk sekitar secara umumnya.

Objektif utama program ini adalah untuk menebang pokok yang melibatkan 3 batang pokok kelapa dan 2 batang pokok jambu yang dianggarkan memiliki ketinggian melebihi 40 kaki. Pokok-pokok tersebut sangat terdedah kepada risiko bahaya kepada pengunjung, terutamanya jika ada buah kelapa yang jatuh, yang boleh menyebabkan kecederaan.

Program gotong-royong ini berakhir kira-kira jam 12 tengah hari dengan penuh kejayaan. Aktiviti penebangan pokok telah dilaksanakan dengan berjaya dan kini tempat rekreasi tersebut menjadi lebih selamat dan mesra pengunjung.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

denggi

Gotong-royong cegah denggi – 7 Disember 2025

denggi

Gotong-royong cegah denggi – 7 Disember 2025

agong

Mesyuarat Agong JMB

agong

Mesyuarat Agong JMB

doa selamat

Majlis doa selamat menjelang peperiksaan

doa selamat

Majlis doa selamat menjelang peperiksaan

Aktiviti Dari Semua Zon

sukan

Artikel Admin Contoh

sukan

Artikel Admin Contoh

sukan

Contoh Artikel Sukan Test

sukan

Contoh Artikel Sukan Test

B

Program Her Biz Online – Program Usahawanita Digital MPP Zon 24 – 01/11/2025

B

Program Her Biz Online – Program Usahawanita Digital MPP Zon 24 – 01/11/2025