rogram Sarapan Pagi SPM MPP Zon 24 telah dilaksanakan pada 17 Februari 2024 bertempat di SMK Bandar Seri Putra. Program bermula pada jam 6.40 pagi dan tamat pada jam 7.30 pagi (anggaran), dan dihadiri oleh Ahli Majlis MPP Zon 24, Puan Rawiyiah Zakaria. Seramai 300 orang pelajar yang menduduki peperiksaan SPM telah disantuni melalui program tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan sokongan moral dan fizikal kepada calon-calon SPM serta mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan komuniti sekolah.


