Program Cuti Sekolah “Outdoor Class” anjuran Persatuan Penduduk Desa Mahkota bersama MPP Zon 24 telah berjaya dilaksanakan pada 2 Mac 2024. Program ini diadakan di Surau Al-Amin, Desa Mahkota, bermula dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam.
Program ini dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra, Encik Engku Faizal, yang mewakili Ahli Majlis MPKj, Puan Rawiyiah binti Zakaria, atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Seramai 100 orang peserta menghadiri program tersebut.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melakukan aktiviti berfaedah semasa musim cuti sekolah.


