MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Program sambutan Hari Wanita

wanita

Laporan Program Sambutan Hari Wanita

Tarikh: 9 Mac 2024

Tempat: Kompleks Penghulu Batu 14 Hulu Langat

Pada 9 Mac 2024, sebuah program sambutan Hari Wanita telah berlangsung dengan meriah di Kompleks Penghulu Batu 14 Hulu Langat. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi itu telah dihadiri oleh Puan Mashitah binti Sabdin, yang merupakan isteri kepada YB Mohd Sany bin Hamzan. Anggaran penyertaan adalah sebanyak 70 orang.

Kemeriahan majlis sambutan Hari Wanita telah mendapat sokongan padu dari komuniti Wanita Dun Dusun Tua, dengan jumlah pendaftaran sebanyak 82 orang. Namun, disebabkan oleh had bajet dan tempat yang terhad, kehadiran peserta telah dihadkan kepada 67 orang sahaja.

Taklimat bertajuk “Peranan Emas Dalam Menjana Ekonomi Wanita” telah mendapat sambutan yang baik, di mana seramai 48 peserta telah mendaftar di Public Gold. Majlis seterusnya disusuli dengan penerangan ringkas mengenai Program Pembimbing Komuniti dalam Komuniti dan pendaftaran di portal Skuad WAJA, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Seramai 68 orang telah mendaftar untuk menjadi sukarelawan yang bertauliah di bawah bimbingan dan latihan khas Institut Sosial Malaysia (ISM), KPWKM.

Program ini telah dirancang dengan matlamat yang jelas, iaitu bukan sahaja untuk membimbing wanita dalam menjana pendapatan tambahan, tetapi juga untuk menggalakkan wanita sebagai aktivis kemasyarakatan yang berdaftar dan bertauliah. Perjumpaan tersebut juga telah mengeratkan hubungan silaturrahim di antara mereka.

Program berakhir kira-kira jam 1.00 petang dengan suasana yang penuh bersemangat dan penuh makna bagi semua peserta yang terlibat. Ini merupakan satu lagi langkah ke arah pemerkasaan wanita dan pembangunan masyarakat secara holistik.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

aedes

Gotong-royong hapus Aedes- 7 September 2025

aedes

Gotong-royong hapus Aedes- 7 September 2025

larian

Progam larian merdeka

larian

Progam larian merdeka

mer

Sambutan hari kemerdekaan – 31 Ogos 2025 ( Taman Desa Raya )

mer

Sambutan hari kemerdekaan – 31 Ogos 2025 ( Taman Desa Raya )

Aktiviti Dari Semua Zon

Contoh Aktiviti 1 Zon 23

Contoh Aktiviti 1 Zon 23

Contoh Aktiviti 3 Zon 22

Contoh Aktiviti 3 Zon 22

Contoh Aktiviti 2 Zon 22

Contoh Aktiviti 2 Zon 22