Program Majlis Pembukaan dan Ulang Tahun Sedekad SK Bandar Bukit Mahkota anjuran MPP Zon 24 telah dilaksanakan pada 19 Mac 2024 bertempat di SK Bandar Bukit Mahkota. Program tersebut bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 tengah hari. Ia dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Amirudin Bin Shari, Puan Rawiyiah binti Zakaria, serta pelbagai agensi lain. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk setempat di samping meraikan ulang tahun sedekad sekolah tersebut.


