MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Sumbangan pembelian cenderamata sempena majlis berbuka puasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bersama rakyat dan penyampaian sumbangan hari raya serta perasmian masjid Daerah Hulu Langat

sultan

Sumbangan pembelian cenderamata sempena majlis berbuka puasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bersama rakyat dan penyampaian sumbangan hari raya serta perasmian masjid Daerah Hulu Langat telah berlangsung pada 30 Mac 2024 bertempat di Masjid Al-Umm, Seksyen 1 Bandar Baru Bangi. Bermula jam 5.00 petang dan dihadiri oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Anggaran penyertaan adalah sebanyak 500 orang.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Al-Umm, Seksyen 1, Bangi di sini, hari ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang diiringi Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri RM262,500 kepada 525 asnaf dan mualaf sekitar Hulu Langat.

Keceriaan tergambar pada wajah 263 penduduk miskin, 164 asnaf fakir, dan 98 mualaf yang masing-masing menerima sumbangan RM500.

Dalam majlis sama, Baginda turut berkenan merasmikan Masjid Al-Uum yang siap dibina pada Disember 2017 dan mampu memuatkan sehingga 3,200 jemaah dalam satu masa.

Masjid di atas tanah seluas dua ekar ini dibina dengan kos RM21.4 juta hasil sumbangan orang ramai dan peruntukan Kerajaan Negeri.

Selepas santapan berbuka puasa, DYMM Sultan Selangor menunaikan solat Maghrib, Isyak dan sunat Tarawih berjemaah.

Hadir sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Setiusaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim, EXCO Agama Islam Dr Fahmi Ngah dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

bergu

Kejohanan Badminton Bergu MPP Zon 1- 1 November 2025

bergu

Kejohanan Badminton Bergu MPP Zon 1- 1 November 2025

dance

Program “Dance Line Fitness”- 4, 11, 18 dan 25 Oktober 2025

dance

Program “Dance Line Fitness”- 4, 11, 18 dan 25 Oktober 2025

Sukaneka

Program Sukaneka Kita Malaysia Merdeka

Sukaneka

Program Sukaneka Kita Malaysia Merdeka

Aktiviti Dari Semua Zon

agong

Mesyuarat Agong JMB

agong

Mesyuarat Agong JMB

The gallery was not found!

Contoh Aktiviti 3 Zon 23

The gallery was not found!

Contoh Aktiviti 3 Zon 23

Contoh Aktiviti 2 Zon 23

Contoh Aktiviti 2 Zon 23