Pada 6 April 2024, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 24 telah menganjurkan Program Mantai Kasih Rahmah Bandar Seri Putra bertempat di Padang Komuniti Seksyen 2, Bandar Bukit Mahkota. Program yang melibatkan penyembelihan dan pengagihan ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang, serta disempurnakan dengan kehadiran Ahli Majlis MPKj, Puan Rawiyiah binti Zakaria. Seramai 30 orang AJK Persatuan turut hadir dan membantu sehingga majlis selesai. Matlamat utama program ini adalah untuk mengukuhkan tali persaudaraan dan hubungan mesra di antara ahli Majlis dan masyarakat di Zon 24.


