MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Program Pengesanan Keciciran Imunisasi

imun

Pada 22 April 2023, Program Pengesanan Keciciran Imunisasi yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dengan kerjasama KRT Taman Wawasan serta Majlis Zon 1 MPKJ telah berlangsung dengan jayanya. Program yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari itu telah diadakan di Jalan Wawasan 1, 1B, 1C Taman Wawasan.

Pergerakan aktiviti program dimulakan dengan persediaan tempat yang mencukupi di lokasi yang telah ditetapkan. Sarapan pagi turut disediakan bagi peserta sebelum taklimat pergerakan operasi program bermula. Taklimat tersebut memberi arahan dan panduan kepada semua peserta tentang tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam menjalankan operasi pengesanan.

Selanjutnya, aktiviti pengesanan rumah ke rumah dan sebaran maklumat dilakukan secara berkesan oleh petugas kesihatan bersama-sama dengan pihak KRT dan Majlis Zon 1 MPKJ. Seramai 66 orang penduduk telah berjaya direkodkan semasa aktiviti pengesanan dan hampir 95% rumah sasaran berjaya diperiksa. Hanya beberapa rumah yang tidak dapat diperiksa kerana tiada orang di rumah pada masa tersebut.

Program diakhiri dengan rumusan dapatan hasil daripada aktiviti pengesanan, diikuti dengan sesi makan bersama bagi menghargai kerjasama semua pihak yang terlibat. Sesi fotografi turut diadakan sebagai kenangan dan dokumentasi program.

Kehadiran dalam program ini termasuk Pengerusi KRT dan AJK, Bahagian Penguatkuasaan Pejabat Kesihatan Daerah, serta jururawat pejabat kesihatan daerah.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

bergu

Kejohanan Badminton Bergu MPP Zon 1- 1 November 2025

bergu

Kejohanan Badminton Bergu MPP Zon 1- 1 November 2025

dance

Program “Dance Line Fitness”- 4, 11, 18 dan 25 Oktober 2025

dance

Program “Dance Line Fitness”- 4, 11, 18 dan 25 Oktober 2025

Sukaneka

Program Sukaneka Kita Malaysia Merdeka

Sukaneka

Program Sukaneka Kita Malaysia Merdeka

Aktiviti Dari Semua Zon

Contoh Aktiviti 1 Zon 23

Contoh Aktiviti 1 Zon 23

Contoh Aktiviti 3 Zon 22

Contoh Aktiviti 3 Zon 22

Contoh Aktiviti 2 Zon 22

Contoh Aktiviti 2 Zon 22