Sesi Perjumpaan Bersama Persatuan Penduduk Bandar Seri anjuran MPP Zon 24 telah diadakan pada 10 Mei 2024. Sesi ini berlangsung di Sri Cafe Delima, Bandar Seri Putra, bermula dari jam 8.00 malam hingga 10.00 malam. Program ini turut diserikan dengan kehadiran Ahli Majlis MPKj, Puan Rawiyiah binti Zakaria. Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk membincangkan dan mencari penyelesaian mengenai isu-isu komuniti seperti pengendalian anjing liar, aduan jalan raya yang bermasalah, dan isu penjaja tanpa lesen

