Majlis Ramah Mesra MPKj bersama MPP Zon 24 telah berjaya dilaksanakan pada 11 Mei 2024. Program ini diadakan di Padang Komuniti Seksyen 2 & 3, Bandar Bukit Mahkota, bermula dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam.
Majlis ini telah dihadiri oleh Ahli Majlis MPKj, Puan Rawiyiah binti Zakaria. Seramai 200 orang peserta dianggarkan hadir, melibatkan Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra, Pengerusi-Pengerusi Taman berserta AJK, dan juga penduduk setempat di dalam Zon 24.
Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara Ahli Majlis dengan seluruh penduduk di kawasan Zon 24.



