MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Program Membina Sahabat Rahmah

rahmah

Program Membina Sahabat Rahmah telah berlangsung pada 12 Mei 2024 bertempat di Taman Sri Nanding Hulu Langat. Bermula jam 2.30 petang dan dihadiri oleh YB. Mohd Sany Bin Hamzan (Ahli Parlimen Hulu Langat). Anggaran penyertaan adalah sebanyak  130 orang.

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Wanita MADANI (PERWADA) dengan kerjasama MPP Zon 1 dan juga beberapa agensi tempatan termasuk Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Hulu Langat dan Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Selangor.

Majlis dimulakan dengan pendaftaran peserta pada pukul 2.30 petang, diikuti dengan ucapan daripada pengacara majlis dan bacaan doa selamat. Puan Rawiyiah Zakaria, Presiden PeLITA, menyampaikan ucapan aluan, manakala YB Mohd Sany Hamzan, Ahli Parlimen Hulu Langat, merasmikan majlis tersebut. Acara ini turut diselitkan dengan sesi foto dan video.

Pada pukul 3.00 petang, Ustaz Abdul Mueiz bin Jamaludin menyampaikan ceramah bertajuk “Membina Sahabat Rahmah”. Selepas itu, peserta dijamu dengan hidangan hi-tea dan berpeluang menunaikan solat Asar. Program diteruskan dengan taklimat Skuad WAJA oleh JPW, KPWKM dan sesi “Team Building We Bridge We Win”. Sesi terakhir ialah aktiviti “Adakah Anda Bertuah?” dan pertandingan pakaian tradisional.

Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim, memupuk ukhuwah dan semangat kerjasama antara wanita di Parlimen Hulu Langat. Di akhir program, diharapkan peserta dapat menanam sifat positif seperti sikap prihatin, kerjasama, dan tanggungjawab demi kesejahteraan komuniti. Majlis ini telah berjaya mencapai objektifnya dengan baik.

Program berakhir kira-kira jam 6.00 petang.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

aedes

Gotong-royong hapus Aedes- 7 September 2025

aedes

Gotong-royong hapus Aedes- 7 September 2025

larian

Progam larian merdeka

larian

Progam larian merdeka

mer

Sambutan hari kemerdekaan – 31 Ogos 2025 ( Taman Desa Raya )

mer

Sambutan hari kemerdekaan – 31 Ogos 2025 ( Taman Desa Raya )

Aktiviti Dari Semua Zon

sukan

Artikel Admin Contoh

sukan

Artikel Admin Contoh

sukan

Contoh Artikel Sukan Test

sukan

Contoh Artikel Sukan Test

B

Program Her Biz Online – Program Usahawanita Digital MPP Zon 24 – 01/11/2025

B

Program Her Biz Online – Program Usahawanita Digital MPP Zon 24 – 01/11/2025