Bagi menyokong gaya hidup sihat, MPP Zon 24 telah menganjurkan Program Jom Sihat-Zumba secara berkala. Program bulanan ini telah dijalankan pada 2, 9, dan 23 Jun 2024, bertempat di Dewan Komuniti Bandar Bukit Mahkota. Sesi senaman yang bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 10.00 pagi ini turut diserikan dengan kehadiran Puan NorAzila Napiah, wakil AJK MPP Zon 24. Objektif utama program ini adalah untuk memastikan wanita di Zon 24 sentiasa aktif, cergas, dan sihat.


