Program Jualan Mega Rahmah telah berlangsung pada 14 Jun 2024 di Kompleks Penghulu Batu 14, Hulu Langat. Program bermula pada jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh Encik Tazley bin Nordin, Pegawai Khas Ahli Parlimen Hulu Langat. Program ini berjaya menarik anggaran penyertaan sebanyak 600 orang.
Acara ini menampilkan jualan barangan dapur dengan harga yang lebih rendah, sebagai usaha membantu masyarakat menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha. Program ini memberi peluang kepada penduduk setempat untuk membeli barangan keperluan dengan harga yang lebih berpatutan, seterusnya meringankan beban mereka.
Program berakhir kira-kira jam 2.00 petang, dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat.





