MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Program gotong-royong ibadah qurban MPP zon 1

qurban

Program gotong-royong ibadah qurban MPP Zon 1 telah berlangsung pada 17 Jun 2024 bertempat di Taman Sri Nanding dan juga di 11 taman sekitar Zon 1. Program ini bermula jam 9.00 pagi, sebaik berakhir solat sunat Aidiladha. Program melibatkan usaha sama persatuan penduduk taman, surau-surau dan juga MPP zon 1.

Gotong-royong korban di Taman Sri Nanding dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan penyertaan anggaran 600-700 orang, di mana 200 daripada mereka adalah sukarelawan. Sebanyak 22 ekor lembu telah dikorbankan dan proses penyembelihan serta pemprosesan daging selesai pada jam 1.00 petang.

Sementara itu juga, MPP turut bekerjasama dengan 11 taman dan surau yang lain untuk menjayakan progam gotong-royong dengan menyediakan jamuan minum pagi dan tengah hari bagi petugas dan sukarelawan. Taman-taman yang terlibat iaitu:

  1. Taman Cempaka Lui
  2. Taman Perkasa F1 dan F2
  3. Taman Perkasa F3
  4. Taman Casa Legenda
  5. Taman Sri Nanding
  6. Taman Desa Pelangi
  7. Taman Desa Raya
  8. Taman Lagenda Suria
  9. Taman Seri Mas
  10. Taman Bukit Raya
  11. Taman Indah Jaya
  12. Taman Titiwangsa

Program berakhir kira-kira jam 3.00 petang dengan semua aktiviti berjalan lancar dan mencapai objektifnya. Gotong-royong ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim antara penduduk tetapi juga menunjukkan semangat kerjasama dalam melaksanakan ibadah qurban.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

denggi

Gotong-royong cegah denggi – 7 Disember 2025

denggi

Gotong-royong cegah denggi – 7 Disember 2025

agong

Mesyuarat Agong JMB

agong

Mesyuarat Agong JMB

doa selamat

Majlis doa selamat menjelang peperiksaan

doa selamat

Majlis doa selamat menjelang peperiksaan

Aktiviti Dari Semua Zon

Contoh Aktiviti 1 Zon 23

Contoh Aktiviti 1 Zon 23

Contoh Aktiviti 3 Zon 22

Contoh Aktiviti 3 Zon 22

Contoh Aktiviti 2 Zon 22

Contoh Aktiviti 2 Zon 22