MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Gotong-royong hapus Aedes

Banner

Program Gotong-Royong Hapus Aedes telah berlangsung pada 14 Julai 2024 di Taman Pinggiran Delima, Hulu Langat. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan dihadiri oleh Puan Zaharah, mewakili Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Pinggiran Delima. Anggaran penyertaan adalah sebanyak 200 orang, terdiri daripada penduduk setempat dan sukarelawan.

Acara ini bertujuan untuk membersihkan kawasan perumahan bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes, sekaligus mencegah penularan penyakit denggi. Peserta gotong-royong terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti membersihkan kawasan sekitar, membuang bekas-bekas yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk, dan memberi pendidikan kesedaran kepada komuniti mengenai kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.

Program berakhir kira-kira jam 1.00 petang, dengan keseluruhan kawasan berjaya dibersihkan dan mendapat sambutan yang positif dari komuniti setempat.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

denggi

Gotong-royong cegah denggi – 7 Disember 2025

denggi

Gotong-royong cegah denggi – 7 Disember 2025

agong

Mesyuarat Agong JMB

agong

Mesyuarat Agong JMB

doa selamat

Majlis doa selamat menjelang peperiksaan

doa selamat

Majlis doa selamat menjelang peperiksaan

Aktiviti Dari Semua Zon

denggi

Gotong-royong cegah denggi – 7 Disember 2025

denggi

Gotong-royong cegah denggi – 7 Disember 2025

senam

Program SENAM SIHAT MPP ZON 12 – 2,3,9,10,16,17,23,24,30 & 31 DECEMBER 2025 (DEWAN PERSATUAN PENDUDUK DESA SERI JENARIS)

senam

Program SENAM SIHAT MPP ZON 12 – 2,3,9,10,16,17,23,24,30 & 31 DECEMBER 2025 (DEWAN PERSATUAN PENDUDUK DESA SERI JENARIS)

smiley

PROGRAM WARGA EMAS “BE HEALTHY, GO SMILEY”

smiley

PROGRAM WARGA EMAS “BE HEALTHY, GO SMILEY”