TARIKH : 27 JULAI 2024 (SABTU)
PROGRAM : PROGRAM SUKAN MESRA MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK (SUKMESMPP) MPKj SIRI 1 2024
TEMPAT : PADANG AWAM SEMENYIH
Seawal 7.00 pagi para peserta berkumpul di Taman Permainan Sungai Kantan. Perserta bertolak ke Padang Awam Semenyih menaiki bas yang telah disediakan oleh Ahli Majlis.
Setiba di Padang Awam Semenyih para peserta dari MPP Zon 14 di sediakan dengan sarapan pagi sebelum acara bermula. Tepat jam 8.00 pagi acara di mulakan dengan Senamrobik .
Acara sukaneka yang pertama dimulakan dengan perserta kanak-kanak lelaki. Acara tersebut dinamakan PUSPAWANGI dimana peserta dikehendaki mengasingkan ke bekas mengikut warna yang diberi. Perserta Kanak-kanak lelaki & perempuan Zon 14 mendapat tempat ke 5 dalam acara tersebut.
Acara TANGAN EMAS untuk peserta remaja. Setiap peserta perlu membuat pusingan botol dan botol berjaya tegak diatas meja. Perserta remaja lelaki Zon 14 mendapat tempat ke 4 dan peserta remaja perempuan mendapat tempat ke 5.
Acara diteruskan dengan Peserta Dewasa Lelaki dan Perempuan. Acara diberi nama TEMAN TAPI MESRA. Setiap pasukan akan bergerak secara berteman (berdua) didalan 1 kain sarung sambil membawa bola pingpong di sudu. Perserta dewasa lelaki mendapat tempat ke 4 dan tiada kemenangan untuk Peserta dewasa perempuan.
Untuk pusingan kedua Acara berbalik semula kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan. Acara diberi nama MENARA KUALA LUMPUR dimana setiap peserta dikehendaki menyusun semula cawan yang diberi sehingga kembali ke kedudukan asal. Peserta kanak-kanak lelaki tidak mendapat tempat 3 dan peserta kanak-kanak perempuan mendapat apa-apa tempat.
Diikuti dengan acara remaja lelaki dan perempuan, dengan acara diberi nama KREN BELON. Setiap peserta perlu memindahkan cawan menggunakakn belon dari 1 tempat ke tempat lain. Peserta remaja lelaki mendapat tempat ke 3 dan perserta remaja perempuan mendapat tempat ke 2.
Seterusnya acara peserta Dewasa lelaki dan perempuan Acara BOLA-BOLA CINTA dimana setiap peserta akan membawa bola dengan badan tanpa dipegang sehingga ke garisan penamat. Tiada sebarang kemenangan untuk kedua-dua acara ini.
Bagi mengakhiri acara sukaneka pada hari tersebut semua VVIP terdiri dari MPP ZOn 13 hingga MPP Zon 24, Pengarah dan Timbalan YDP MPKj bermain satu acara.
Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh YBhg Timbalan Yang DiPertua MPKj. Pemenang keseluruhan acara adalah MPP ZON 24.
Para Peserta MPP ZON 14 disediakan makanan tengahari dan air mineral. Tepat jam
1.30 petang para peserta berkumpul untuk bersurai.
ATURCARA PROGRAM :
7.30 PAGI : PENDAFTARAN
8.00 PAGI : SENAM SIHAT
9.00 PAGI : ACARA SUKANEKA
MAJLIS PENYERAHAN HADIAH
1.30 PTG : BERSURAI





