Majlis penyampaian Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan telah diadakan pada 6 Ogos 2024 di Restoran Arina Seafood Batu 13, Hulu Langat. Acara ini bermula pada jam 9.30 malam dan dihadiri oleh Encik Afrodi bin Ali, Penolong Tadbir (PT) Ahli Majlis Zon 1. Majlis ini telah menyaksikan kehadiran sekitar 20 orang peserta.
Majlis ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat sempena sambutan bulan kemerdekaan. Jalur Gemilang telah diserahkan sebagai simbol kebanggaan dan cinta kepada negara, serta sebagai tanda persiapan menyambut Hari Kemerdekaan yang akan datang.
Sebanyak 300 buah Jalur Gemilang bersaiz 2×4 dan 100 buah Jalur Gemilang bersaiz 8×2 telah diedarkan kepada taman-taman di dalam zon 1 untuk digantung di hadpan pintu masuk ke taman masing-masing.
Program ini berakhir pada kira-kira jam 11 malam, dengan para hadirin pulang membawa semangat patriotik yang lebih tinggi.








