KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG
TARIKH : 10 OGOS 2024
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : PUST KOMUNITI SUNGAI KANTAN
Sempena bulan Kemerdekaan MPP Zon 14 berhasrat untuk menganjurkan Kempen Kibar Jalur Gemilang. Dimana setiap rumah satu bendera .
Majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh Iman Surau Al Isliah Imam Ustaz Zaidi. Diikuti dengan nyayian lagu Negara Ku dan jalur Gemilang.
Pengerusi Majlis mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran semua demi semagat Kemerdekaan dan cintakan negara.
Ucapan dimulakan dengan ucapan Pengerusi MPKK Sungai Kantan YBhg Tuan Mohammad Razif bin Ayob. Dalam ucapannya beliau menyarankan agar program-program patriotik juga diadakan sempena bulan kemerdekaan ini.
Majlis diteruskan dengan ucapan Oleh MPP ZON 14 YBhg Tuan Ahmad Fuad bin Abdul Rahman, dlm ucapannya beliau sangat-sangat berharap di ZON 14 setiap ruamah satu bendera. Bendera-bendera akan dibekalkan kepada semua ketua- ketua pemimpin yang hadir. Harap dapat disampaikan kepada semua penduduk setempat. Beliau juga berharap program sebegini dapat diadakan setiap tahun.
Majis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB Tuan David Cheong Kian Young, ADUN Kawasan Kajang. Beliau sangat berterima kasih kerana diberi peluang untuk turut serta didalam majlis tersebut. Dan berharap program-program sebegini diadakan setiap tahun.
Majlis diteruskan dengan memberi bendera kepada pemimpin-pemimpin setempat dan juga sekolah2 dalam ZON 14. Setiap wakil mendapat 100 bendera tangan, 50 bendera 2 x 4kaki dan 10 bendera 3 x 6 kaki.
- MPKK Sungai Kantan – En Mohammad Razif bin Ayob
- Komuniti Desa Madani Sungai Kantan – En Mohd Afiq bin Aznin
- KRT Sungai Kantan – YM Raja Amir bin Raja Aman Shah
- Pengerusi Surau Al Islahiah Sg Kantan – YBhg Dato Hj Arshad bin Jalil
- Pengerusi TamanSeri Minang – Tn Hj Mahmud Zuhdi bin Maon
- UMNO Cawangan Sungai Kantan – YBhg Datuk Mohd Said bin Mat Saman
- UMNO Cawangan Sg Kantan Peringkat 3 – En Halim bin Abd Samad
- Persatuan Kebajikan & Sosial Penduduk Islam Sg Kantan – Tn Hj Mohtar bin Jaafar
- Persatuan Penduduk Taman Sri Antan – Tn Hj Kamaruzaman bin Budin
- Persatuan Penduduk Taman Sri Kantan – En Zainal Abidin bin Samsudin
- WI Sg Kantan – Pn Rogiah Safar
- Desa Impian – Tn Hj Abdullah bin Shahadan
- PWB DUN Kajang – Pn Roslina Mokhtar
- SK Sungai Kantan – Pn Asmanor Sapura binti Shaori
- SK Kajang – Pn Sarimah binti Atan
- High School Kajang – En Zai Azman
- Wakil Taman Saujana Villa – Pn Ayu Azlinar
- Wakil Surau Taman Angkasa Indah
- Persatuan Penduduk Taman Maju Satu
- Persatuan Penduduk Taman Desa Ros
Majlis diteruskan dengan gimik Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang MPP Zon 14.
Jamuan makan juga disediakan dan bersurai pada jam 1.30 petang.













