MAJLIS HITEA BERSAMA PEMIMPIN SETEMPAT ZON 14
TARIKH : 17 OGOS 2024
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : ALAM MAYA KAJANG, NO.119 JALAN MELATI 2, OFF JALAN SUNGAI KANTAN, 43000 KAJANG
Majlis diadakan untuk beramah mesra bersama pemimpin setempat khususnya dalam kawasan ZON 14 MPKj. Pendaftaran bermula jam 3.00 petang. Program dimulakan dengan bacaan doa dan nyayian lagu Negara Ku. Pengacara Majlis mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran semua.
Majlis diteruskan dengan ucapan Ahli Majlis Zon 14 En Ahmad Fuad bin Abdul Rahman. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran semua dan berharap mendapat sokongan dan tunjuk ajar daripada semua pemimpin- peminpin setempat. Beliau akan cuba membantu sebaik mungkin dalam menyelesaikan masalah setempat setakat kemampuan beliau. Beliau juga akan membantu mana-mana NGO yang ingin membuat program kemasyarakatan, sukan ataupun pendidikan. Beliau juga memaklumkan lantikan beliau sebagai Ahli Majlis adalah sebagai perantaraan diantara penduduk setempat dengan Majlis Perbandaran Kajang.
Beliau akhiri ucapan dengan ucapan ribuan terima kasih dan akan mengadakan perjumpaan seperti ini dengan lebih kerap lagi.
Majlis dihadiri oleh,
- Pengerusi KRT Sungai Kantan YM Raja Amir bin Raja Aman Shah bersama Ahli Jawatankuasa KRT.
- Pengerusi MPKK En Mohamad Razif bin Ayob juga hadir bersama Ahli Jawatankuasa MPKK
- Pengerusi Taman Desa Impian Tn Hj Abdullah bin Sahadan juga hdir bersama ahli jawatankuasa.
- Setiausaha Komunit Desa Madani En Mohd Afiq bin Aznin hadir bersama Ahli Jawatakuasa.
- PWB DUN Kajang Pn Roslina binti Mokhtar bersama Ahli Jawatankuasa
- Persatuan Penduduk Taman Sri Antan Tn Hj Kamaruzaman bin Budin juga hadir bersama Ahli Jawatankuasa
- Persatuan Penduduk Taman Sri Kantan En Zainal Abidin bin Samsudin bersama Ahli Jawatankuasa
- Pengerusi Surai Al Islahiah bersama Ahli Jawatankuasa
- WI Sg Kantan Pn Rogiah Safar bersama Ahli Jawatankuasa
- Persatuan Kebajikan & Sosial Penduduk Islam Sg Kantan – Tn Hj Mohtar bin Jaafar
Perjumpaan tersebut bersurai jam 4.00 petang




