MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Gotong-royong keceriaan-18 Ogos 2024

fire

Gotong-royong keceriaan telah diadakan pada 18 Ogos 2024 di Balai Raya Kg. Jawa Batu 18. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh Encik Mohd Firdauz bin Mohd Ayub, Ketua Kampung. Program ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan dengan anggaran penyertaan sekitar 100 orang.

Balai raya tersebut telah lama terbiar akibat masalah tanah dan kesan banjir besar yang melanda pada tahun 2021. Dengan semangat gotong-royong, balai raya itu kini dibersihkan dengan bantuan daripada pihak FRU Cheras dan Rumah Sahabat Dusun Tua. Usaha ini mencerminkan semangat kerjasama dalam komuniti, yang berganding bahu untuk memulihkan kembali kawasan penting bagi masyarakat setempat.

Jamuan pagi dan tengah hari disediakan di kawasan masjid kampong Jawa. Program ini berakhir sekitar jam 2 petang, membawa harapan baru kepada penduduk setempat untuk memanfaatkan kembali balai raya tersebut.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

ambang

Sambutan ambang merdeka – 30 Ogos 2025(Taman Perkasa)

ambang

Sambutan ambang merdeka – 30 Ogos 2025(Taman Perkasa)

riadah

Program riadah merdeka – 30 ogos 2025

riadah

Program riadah merdeka – 30 ogos 2025

ceria

Gotong-royong keceriaan-29 Ogos 2025

ceria

Gotong-royong keceriaan-29 Ogos 2025

Aktiviti Dari Semua Zon

denggi

Gotong-royong cegah denggi – 7 Disember 2025

denggi

Gotong-royong cegah denggi – 7 Disember 2025

senam

Program SENAM SIHAT MPP ZON 12 – 2,3,9,10,16,17,23,24,30 & 31 DECEMBER 2025 (DEWAN PERSATUAN PENDUDUK DESA SERI JENARIS)

senam

Program SENAM SIHAT MPP ZON 12 – 2,3,9,10,16,17,23,24,30 & 31 DECEMBER 2025 (DEWAN PERSATUAN PENDUDUK DESA SERI JENARIS)

smiley

PROGRAM WARGA EMAS “BE HEALTHY, GO SMILEY”

smiley

PROGRAM WARGA EMAS “BE HEALTHY, GO SMILEY”