MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Sambutan hari Merdeka MPP zon 1- 31 Ogos 2024

mpp

Sambutan Hari Merdeka MPP Zon 1 telah berlangsung pada 31 Ogos 2024 di Taman Perkasa, Hulu Langat. Acara ini bermula pada jam 8.00 pagi dan dihadiri oleh Encik Rusmin Jayadi bin Ahmad (Pengerusi Penduduk Taman Perkasa Fasa 2), Encik Rosasmawi bin Ismail (Pengerusi KRT Taman Desa Pelangi), dan Encik Muhammad Alias bin Abd Rahman (Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Casa Lagenda). Kira-kira 200 orang hadir memeriahkan sambutan ini.

Sambutan di Taman Perkasa menampilkan sebuah mini karnival dengan pelbagai acara menarik seperti pameran, sukaneka, pertandingan memasak, dan cabutan bertuah. Karnival ini juga melibatkan badan-badan kerajaan seperti AADK, Penjara Malaysia, Kementerian Kesihatan, Bomba, APM, dan lain-lain yang turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.

Di Taman Casa Lagenda dan Taman Desa Pelangi melibatkan aktiviti sukaneka rakyat diadakan dengan penyertaan meriah daripada penduduk setempat.

Manakala acara di Taman Desa Raya pula dimulakan dengan pendaftaran kehadiran peserta, diikuti oleh upacara menyanyikan lagu kebangsaan dan menaikkan bendera Jalur Gemilang di Jalan Cempaka 3, yang menjadi tumpuan utama program ini.

Selepas itu, bacaan doa dan sesi senamrobik diadakan di gelanggang futsal, di mana para peserta memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti utama. Antara acara menarik ialah aktiviti berjalan kaki sambil mengibarkan Jalur Gemilang sejauh 1 kilometer, yang melibatkan lima pusingan di kawasan pejalan kaki.

Selain itu, pelbagai acara sukaneka turut diadakan seperti Pukul Bulu Tangkis, Bowling Botol Air, Sepakan Penalti, Rebut Gula-Gula, dan Kerusi Muzikal. Sambutan kehadiran yang melebihi sasaran menunjukkan minat dan semangat tinggi dari komuniti setempat.

Sarapan pagi dan minum petang disediakan oleh pihak penganjur, menambah keselesaan dan keceriaan para peserta. Cabutan bertuah dan pemberian hadiah juga menjadi daya tarikan utama, membuatkan peserta kekal hingga tamat program.

Program ini berakhir sekitar jam 2 petang, dengan semua yang hadir menikmati suasana penuh kegembiraan dan semangat patriotik.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

bergu

Kejohanan Badminton Bergu MPP Zon 1- 1 November 2025

bergu

Kejohanan Badminton Bergu MPP Zon 1- 1 November 2025

dance

Program “Dance Line Fitness”- 4, 11, 18 dan 25 Oktober 2025

dance

Program “Dance Line Fitness”- 4, 11, 18 dan 25 Oktober 2025

Sukaneka

Program Sukaneka Kita Malaysia Merdeka

Sukaneka

Program Sukaneka Kita Malaysia Merdeka

Aktiviti Dari Semua Zon

agong

Mesyuarat Agong JMB

agong

Mesyuarat Agong JMB

The gallery was not found!

Contoh Aktiviti 3 Zon 23

The gallery was not found!

Contoh Aktiviti 3 Zon 23

Contoh Aktiviti 2 Zon 23

Contoh Aktiviti 2 Zon 23