Program Gotong-Royong Perdana Komuniti Laman 2 MPP Zon 24 telah dilaksanakan pada 7 September 2024 bertempat di Laman 2, Bandar Seri Putra. Program ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, dan dihadiri oleh Puan Rawiyiah binti Zakaria. Program ini bertujuan serampang tiga mata: menjaga kebersihan kawasan setempat, mengeratkan silaturahim antara penduduk, dan menyedarkan mereka tentang pentingnya kebersihan serta bahaya penyakit denggi yang semakin berleluasa. Hampir kesemua penduduk Laman 2 turut sama membersihkan kawasan di kediaman masing-masing dan persekitaran.



