Program **Semarak Jiwa Merdeka** telah berlangsung dengan jayanya pada 7 September 2024 bertempat di Kompleks Penghulu Batu 14, Hulu Langat. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan dihadiri oleh Puan Asma, Pengerusi IKRAM Junior Hulu Langat. Seramai 50 orang telah menyertai program ini, yang meriah dengan pelbagai aktiviti patriotik.
Antara aktiviti menarik yang dianjurkan termasuk:
– Pertandingan kaligrafi dan khat
– Pertunjukan pakaian tradisional
– Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak
– Nyanyian lagu-lagu patriotik
Program ini bertujuan untuk menyemai semangat kemerdekaan di kalangan peserta melalui pelbagai aktiviti budaya dan patriotik. Program berakhir kira-kira jam 12.30 petang dengan suasana yang ceria dan penuh semangat cinta akan negara.




