Program Bulan Kemerdekaan 2024 MPP Zon 24 telah dilaksanakan pada 8 September 2024 bertempat di Padang Apartment Nuri, Bandar Bukit Mahkota. Program tersebut bermula pada jam 7.30 pagi dan tamat pada jam 1.30 tengah hari, serta dihadiri oleh Puan Rawiyiah dan AJK MPP Zon 24.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk menjayakan program tersebut. Hampir kesemua penduduk hadir bagi memeriahkan sambutan yang diadakan sempena Bulan Kemerdekaan.

