Program Dahlia Fun Run 2024 MPP Zon 24 telah dilaksanakan pada 2 Oktober 2024 bertempat di Dataran Serene 6. Program ini bermula pada jam 7.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 tengah hari, serta dihadiri oleh wakil MPP Zon 24, Encik Roslan, bagi memeriahkan majlis. Program ini diadakan untuk memberi peluang kepada anak-anak muda dan penduduk setempat mengeratkan ukhuwah sambil mencuba aktiviti yang sihat. Selain itu, program ini juga bertujuan mendekatkan masyarakat dengan pemimpin. Seramai 100 penduduk telah hadir bagi memeriahkan program tersebut.


