Program Keluarga Cergas Minda Cerdas telah berjaya dilaksanakan pada 6 Oktober 2024 bertempat di Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Program bermula seawal jam 7.30 pagi dan dihadiri oleh Y.B. Dato’ Wira Johan bin Abdul Aziz, Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua. Sambutan daripada penduduk setempat sangat menggalakkan dengan anggaran kehadiran kira-kira 500 orang yang turut serta dalam aktiviti yang disediakan.
Program ini merangkumi pelbagai acara menarik seperti *Family Fun Walk* dan sukaneka yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan serta memupuk semangat kesukanan di kalangan peserta. Kehadiran dan kerjasama dari pelbagai NGO Taman Sri Nanding, termasuk KRT Taman Sri Nanding, BOMPEN Taman Sri Nanding, Surau Al-Munir Taman Sri Nanding, IKES, dan Ketua Kampung Dusun Nanding, turut menyumbang kepada kelancaran dan kemeriahan program.
Tahniah dan terima kasih kepada semua ahli dan penduduk yang hadir memeriahkan acara ini sehingga ke majlis penutup. Program ini berakhir kira-kira jam 3 petang dengan suasana penuh kegembiraan dan semangat persaudaraan.




