Pada 27 Disember 2023, satu Majlis Apresiasi untuk Jawatankuasa (AJK) Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 24 telah diadakan di Bandar Puteri, Bangi. Program yang berlangsung antara jam 8.00 malam hingga 10.00 malam ini turut diserikan dengan kehadiran Ahli Majlis MPKj, Puan Rawiyiah binti Zakaria. Tujuan utama majlis yang melibatkan semua AJK MPP Zon 24 ini adalah untuk menyatakan penghargaan atas komitmen dan sumbangan signifikan mereka dalam membantu serta menjayakan program-program yang dijalankan bersama Ahli Majlis.

