MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Program 3M (Membaca, Menulis, Mengira) Anjuran Mpp Zon 18 – 11/1/2025 & 18/1/2025

m

Pada 11 Januari 2025 bermula jam 9.00 pagi hingga 1 petang telah diadakan program 3M (Membaca, Menulis, Mengira) yang bertempat di Dewan Komuniti Kajang Utama. Seterusnya program 3M berjalan pada 11 Januari 2025 dan 18 Januari 2025.

Program 3M ini di jalan kan di Dewan Komuniti Kajang Utama anjuran Mpp Zon 18 iaitu Encik Ramadhan. Seramai 50 peserta yang terlibat dalam program 3M tersebut. Program ini bertujuan untuk memberi fokus terhadap kanak-kanak yang berusia dari 7 tahun sehingga 12 tahun. Program ini adalah salah satu program yang membantu kanak-kanak yang berusia di antara 7 tahun sehingga 12 tahun menguasai 3M iaitu (Membaca, Menulis, Mengira).

Salah satu matlamat utama program ini adalah untuk mengatasi masalah ketidakupayaan dalam kemahiran 3M. Ia dirangka supaya tidak hanya mengukuhkan pengetahuan sedia ada tetapi juga membina keyakinan diri pelajar. Dengan pendekatan yang bersifat inklusif, program ini menggalakkan penglibatan aktif murid dalam setiap sesi pembelajaran. Perkara ini penting kerana murid pada tahap 7 tahun atau darjah 1 perlu mendapatkan pendedahan yang baik untuk pertumbuhan dan pendidikan.

Melaksanaan Program Intervensi 3M melibatkan pelbagai strategi pembelajaran interaktif termasuk permainan, aktiviti bersosial, dan pembelajaran berasaskan projek. Statistik menunjukkan bahawa pelajar yang terlibat dengan program ini menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam kemahiran membaca, menulis, dan mengira. Dengan sokongan yang tepat, semua pelajar berpotensi untuk memperbaiki prestasi akademik mereka. Murid akan dimasukkan ke program intervensi berikutnya jika belum berada pada tahap penguasaan minimum.

Di akhir program 3M, penyerahan sijil daripada YB Syahredzan Johan, dan di iringi Encik Farhan Zon 17 dan wakil dari Encik Ramadhan Zon 18 untuk penyerahan sijil kepada 50 peserta yang berjaya menjayakan program ini.

          Pejabat Ahli Majlis telah menggunakan peruntukan sebanyak RM1500.00 untuk program ini.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

h

Sambutan Hari Malaysia Mpp Zon 18 MPKj – 28/9/2025

h

Sambutan Hari Malaysia Mpp Zon 18 MPKj – 28/9/2025

m

Semarak Merdeka Mpp Zon 18 Bersama Taman Seri Mewah – 30/8/2025

m

Semarak Merdeka Mpp Zon 18 Bersama Taman Seri Mewah – 30/8/2025

s

Semarak Merdeka Mpp Zon 18 Bersama Taman Kajang Utama – 30/8/2025

s

Semarak Merdeka Mpp Zon 18 Bersama Taman Kajang Utama – 30/8/2025

Aktiviti Dari Semua Zon

sukan

Artikel Admin Contoh

sukan

Artikel Admin Contoh

sukan

Contoh Artikel Sukan Test

sukan

Contoh Artikel Sukan Test

B

Program Her Biz Online – Program Usahawanita Digital MPP Zon 24 – 01/11/2025

B

Program Her Biz Online – Program Usahawanita Digital MPP Zon 24 – 01/11/2025