MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Program Kem Anak Gemilang – 25 Januari 2025

gemilang

Program Kem Anak Gemilang 1.0 Taman Sri Nanding telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari satu malam pada 25 dan 26 Januari 2025 bertempat di Surau Al Munir, Taman Sri Nanding. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding, Surau Al Munir Taman Sri Nanding dan YADIM Selangor dengan kerjasama MPP Zon 1 MPKJ, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan IKES Nanding. 

Seramai 100 orang peserta telah menyertai kem ini, manakala sesi setiap Kuliah Subuh dan Maghrib mendapat sambutan memberangsangkan dengan kehadiran seramai 200 orang. Majlis penutup pula dihadiri oleh 250 orang, menunjukkan sokongan dan penglibatan aktif daripada komuniti setempat. Program ini turut dibantu oleh 20 orang fasilitator yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran aktiviti yang dijalankan. 

Objektif utama kem ini adalah untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak berusia antara 9 tahun (Darjah 3) hingga 15 tahun (Tingkatan 3) dengan aktiviti yang bermanfaat. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah solat yang betul melalui modul “Smart Solat” serta pengisian motivasi dan jati diri. Kesemua slot ceramah dan motivasi telah disampaikan oleh tokoh-tokoh belia negara serta Da’ei Muda YADIM yang berkongsi ilmu dan pengalaman berharga bagi membimbing peserta menjadi individu yang lebih berdisiplin dan berakhlak mulia. 

Program ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada penduduk Taman Sri Nanding. Maklum balas yang diterima daripada ibu bapa dan peserta sangat positif, di mana mereka berharap program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang, khususnya sempena cuti sekolah. Kem ini bukan sahaja mencapai objektif yang ditetapkan, malah berjaya mengeratkan hubungan komuniti serta memberikan manfaat besar kepada peserta dalam aspek pembangunan sahsiah, disiplin dan ilmu agama.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

ambang

Sambutan ambang merdeka – 30 Ogos 2025(Taman Perkasa)

ambang

Sambutan ambang merdeka – 30 Ogos 2025(Taman Perkasa)

riadah

Program riadah merdeka – 30 ogos 2025

riadah

Program riadah merdeka – 30 ogos 2025

ceria

Gotong-royong keceriaan-29 Ogos 2025

ceria

Gotong-royong keceriaan-29 Ogos 2025

Aktiviti Dari Semua Zon

sukan

Artikel Admin Contoh

sukan

Artikel Admin Contoh

sukan

Contoh Artikel Sukan Test

sukan

Contoh Artikel Sukan Test

B

Program Her Biz Online – Program Usahawanita Digital MPP Zon 24 – 01/11/2025

B

Program Her Biz Online – Program Usahawanita Digital MPP Zon 24 – 01/11/2025