Pada 1 Februari 2025 bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang telah diadakan program Sunathon Perdana 2025 DUN Sungai Ramal yang bertempat di SMK Kajang Utama pada hari sabtu.
Program Sunathon Perdana 2025 DUN Sungai Ramal dan Penyelaras Dun bersama Ahli Majlis Mpp Zon 18 iaitu Encik Ramadhan menjayakan program khatan beramai-ramai. Seramai 80 peserta yang terlibat untuk program khatan ini.
Dimeriahkan lagi bersama acara air iaitu Soopa Doopa serta semburan dari lori Bomba. Peserta yang terlibat sangat seronok dan gembira. Diberi masa untuk mereka menghiburkan hati sebelum program khatan bermula.
Kerjasama dari Poliklinik An Nur Reko Sentral yang akan mengkhatan kan peserta mengikut giliran masing-masing. Apabila acara khatan bermula, berbagai ragam peserta ada yang menangis, ada yang tersenyum, ada juga yang tidak mahu berkhatan. Gelagat mereka sangat menghiburkan hati para ibu bapa dan penganjur.
Pejabat Ahli Majlis Zon 18 telah menggunakan peruntukan sebanyak RM1000 untuk program ini.



