Program Jom Sihat-Zumba MPP Zon 24 telah dilaksanakan pada 4, 18, dan 25 Februari 2024 bertempat di Dewan Komuniti Bandar Bukit Mahkota. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 10.00 pagi. Ia dihadiri oleh wakil AJK MPP Zon 24, Puan Nor Azila Napiah. Program ini dijalankan secara berkala setiap bulan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan wanita di Zon 24 kekal cergas dan sihat.


