MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Program Ada Apa Dengan Baligh & Bijak Dunia Siber

akil

8 Februari, Sabtu yang lalu telah berlangsung program Malaysians Against Pornography bagi Modul: Ada Apa Dengan Baligh & Bijak Dunia Siber di Pusat Komuniti IKRAM Hulu Langat bermula pada pukul 9.00 pagi. Ianya diadakan bersempena dengan musim cuti sekolah bagi pengakhiran penggal persekolahan 2024/2025.

Program ini merupakan anjuran IKRAM Hulu Langat dan IKRAM Junior Hulu Langat, dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Zon 1 Hulu Langat dan Persatuan Malaysian Against Pornography.

Alhamdulillah seramai 32 orang peserta lelaki dari pelbagai sekolah rendah dan menengah di sekitar Hulu Langat ini telah berjaya menyertai program ini dengan jayanya hingga ke akhirnya. Sekalung penghargaan diucapkan buat Yang Dipertua Ikram Hulu Langat Ustaz Ahmad Fathi Zainuddin, selaku perasmi program ini, pihak MPP Zon 1 Hulu Langat, Speaker program iaitu Encik Sunardi Maulan serta barisan urusetia program ini.

Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang program ini adalah perkongsian berkaitan Akil Baligh serta kebijaksanaan dalam berinteraksi dengan Alam Siber oleh speaker program. Sesi rekabina replika pelbagai jenis bangunan menjadi tarikan tambahan buat para peserta ini berkreativiti serta mengasah minda sihat, cergas dan ceria.

Alhamdulillah, program berakhir dengan jayanya pada pukul 1 tengahari dengan pemberian hadiah kepada para peserta yg berjaya menjawab kuiz berkaitan topik perbincangan program ini serta cenderahati kepada semua peserta, barisan urusetia serta para jemputan khas program. Sijil penyertaan turut disampaikan kepada para peserta yang berjaya mengikuti program ini hingga ke akhirnya. Sebelum bersurai pek-pek makanan tengahari diedarkan kepada semua peserta untuk dibawa pulang.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

aedes

Gotong-royong hapus Aedes- 7 September 2025

aedes

Gotong-royong hapus Aedes- 7 September 2025

larian

Progam larian merdeka

larian

Progam larian merdeka

mer

Sambutan hari kemerdekaan – 31 Ogos 2025 ( Taman Desa Raya )

mer

Sambutan hari kemerdekaan – 31 Ogos 2025 ( Taman Desa Raya )

Aktiviti Dari Semua Zon

agong

Mesyuarat Agong JMB

agong

Mesyuarat Agong JMB

The gallery was not found!

Contoh Aktiviti 3 Zon 23

The gallery was not found!

Contoh Aktiviti 3 Zon 23

Contoh Aktiviti 2 Zon 23

Contoh Aktiviti 2 Zon 23