Pada 13 Februari 2025 bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari telah diadakan program Agihan Pek Sarapan Sempena Minggu Peperiksaan Mahasiswa UKM.
Program Agihan Pek Sarapan Sempena Minggu Peperiksaan Mahasiswa UKM bersama Ahli Majlis Mpp Zon 18 iaitu Encik Ramadhan menjayakan program agihan pek makanan Seramai 50 mahasiswa yang terlibat untuk program ini.
Dimeriahkan lagi pada pagi itu, dengan agihan pek makanan nasi lemak pada pagi itu bersama Muhamad Mukmin Nusril iaitu Presiden Mahasiswa Watan. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim bersama mahasiswa UKM.
Turut bertukar pandangan serta idea dan memberi sokongan kepada mahasiswa dan memberi semangat untuk mereka menjawab peperiksaan dengan cemerlang. Mereka adalah Mahasiswa yang sangat berdedikasi dan semangat yang sangat kuat.
Pejabat Ahli Majlis Zon 18 telah menggunakan peruntukan sebanyak RM500 untuk program ini.
