MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Program edaran bubur lambuk – 9 Mac 2025

bubur

Program Edaran Bubur Lambuk telah berjaya diadakan pada 9 Mac 2025 bertempat di Dewan Batu 16, Dusun Tua. Program bermula pada jam 5.00 petang dan disempurnakan oleh kehadiran Encik Md Gadapi, selaku Ketua Kampung yang turut serta memeriahkan suasana bersama penduduk setempat.

Apa yang lebih menarik, bubur lambuk yang diedarkan kepada orang ramai telah dimasak sendiri oleh team Ketua Kampung bersama anak buah beliau, bermula sejak awal pagi lagi. Aktiviti memasak secara bergotong-royong ini bukan sahaja menghidupkan suasana Ramadan, malah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara komuniti kampung.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, dengan anggaran penerima bubur lambuk mencecah 400 orang. Penduduk yang hadir terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang, turut menyatakan rasa gembira dan penghargaan atas inisiatif yang dilakukan.

Kejayaan program ini jelas menggambarkan semangat kebersamaan dan keprihatinan masyarakat kampung dalam menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkukuh perpaduan serta memupuk nilai gotong-royong yang semakin dilupakan.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

aedes

Gotong-royong hapus Aedes- 7 September 2025

aedes

Gotong-royong hapus Aedes- 7 September 2025

larian

Progam larian merdeka

larian

Progam larian merdeka

mer

Sambutan hari kemerdekaan – 31 Ogos 2025 ( Taman Desa Raya )

mer

Sambutan hari kemerdekaan – 31 Ogos 2025 ( Taman Desa Raya )

Aktiviti Dari Semua Zon

denggi

Gotong-royong cegah denggi – 7 Disember 2025

denggi

Gotong-royong cegah denggi – 7 Disember 2025

senam

Program SENAM SIHAT MPP ZON 12 – 2,3,9,10,16,17,23,24,30 & 31 DECEMBER 2025 (DEWAN PERSATUAN PENDUDUK DESA SERI JENARIS)

senam

Program SENAM SIHAT MPP ZON 12 – 2,3,9,10,16,17,23,24,30 & 31 DECEMBER 2025 (DEWAN PERSATUAN PENDUDUK DESA SERI JENARIS)

smiley

PROGRAM WARGA EMAS “BE HEALTHY, GO SMILEY”

smiley

PROGRAM WARGA EMAS “BE HEALTHY, GO SMILEY”