Pada 16 mac 2025 program Edaran Kurma Mpp Zon 18 Mpkj bertempat di Bazar Ramadan Kajang Utama. Program ini bermula 5.30 petang hingga 6.30 petang.
Program edaran kurma ini dari En Ramadhan iaitu Ahli Majlis Mpp Zon 18 Mpkj. Program edaran kurma ini merupakan inisiatif tahunan bagi meraikan kehadiran bulan Ramadan serta mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat. Program tersebut mendapat sambutan hangat daripada peniaga dan pengunjung yang menghargai keprihatinan Ahli Majlis mengunjungi Bazar Ramadan Kajang Utama.
Tambahnya, pengagihan kurma ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan kepada para peniaga yang bertungkus-lumus mencari rezeki sepanjang Ramadan, tetapi juga sebagai usaha menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk Kajang Utama. “Ramadan adalah bulan penuh keberkatan, dan kita mahu berkongsi rezeki serta kebahagiaan dengan semua. Semoga amalan ini membawa keberkatan kepada kita semua”.
Untuk program ini Pejabat Ahli Majlis Zon 18 MPKj telah membelanjakan sebanyak RM5000.00 untuk program ini.
