MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

PROGRAM BAKTI MADANI RAMADHAN 1446 HIJRAH – 22-23 MAC 2025

madani

PROGRAM BAKTI MADANI RAMADHAN 1446 HIJRAH

TARIKH         :         22 DAN 23 MAC 2025 (SABTU & AHAD)

TEMPAT        :         PERKARANGAN MASJID JAMEK, PEKAN KAJANG

MASA          :         8.00 PAGI (22HB) HINGGA 10.00 PAGI (23HB)

Program Bakti Madani Ramadhan 1446H ini merupakan satu program yang terdiri dari beberapa sub program yang berlainan. Program-program ini disatukan bagi mencapai pelbagai matlamat.

  1. Program Memasak Bubur Lambuk diadakan atas beberapa sebab diantaranya meraikan tradisi dimana ia adalah salah satu makanan tradisional yang biasa disajikan di bulan Ramadhan di Malaysia.
  2. Program Mengacau Dodol merupakan amalan tradisi yang lama diamalkan dalam masyarakat Melayu. Selain daripada merapatkan silaturrahim sesama komuniti, juga membina semangat kebersamaan dan 
  3. Program Sumbangan Kepada Asnaf. Membantu golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan bagi meraikan kehadiran bulan Ramadhan dan Aidil fitri.
  4. Iftar Perdana dan Moreh mengumpul ahli komuniti dalam suasana yang penuh dengan keakraban dan kasih sayang. Program sebegini mengajar kita untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Selain daripada berbuka puasa dan  moreh, program ini juga diisi dengan tazkirah, ceramah agama dan bacaan Al Quran.

Secara keseluruhannya program seperti ini dapat mengukuhkan tali persaudaraan, membantu golongan yang memerlukan, meningkatkan kesedaran sosial, menggalakan amalam bersedekah, memupuk semangat sukarelawan dan meningkatkan kualiti hidup berkomuniti. Program ini diadakan selama 2 hari bagi mencapai matlamatnya.

Ahli Majlis Zon 14 berbesar hati menaja sewaan 10 buah khemah dan  Moreh untuk 300 orang bagi menjayakan program tersebut.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

ry

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA MPP ZON 14 – 27 APRIL 2025

ry

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA MPP ZON 14 – 27 APRIL 2025

smiley

PROGRAM WARGA EMAS “BE HEALTHY, GO SMILEY”

smiley

PROGRAM WARGA EMAS “BE HEALTHY, GO SMILEY”

hidro

KURSUS TEKNOLOGI TANAMAN ASAS HIDROPONIK ZON 14 – 12 OKTOBER 2024

hidro

KURSUS TEKNOLOGI TANAMAN ASAS HIDROPONIK ZON 14 – 12 OKTOBER 2024

Aktiviti Dari Semua Zon

B

Program Her Biz Online – Program Usahawanita Digital MPP Zon 24 – 01/11/2025

B

Program Her Biz Online – Program Usahawanita Digital MPP Zon 24 – 01/11/2025

ry

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA MPP ZON 14 – 27 APRIL 2025

ry

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA MPP ZON 14 – 27 APRIL 2025

b2s

LAPORAN PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH DARJAH 1 2026 – 27 Disember 2025

b2s

LAPORAN PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH DARJAH 1 2026 – 27 Disember 2025