PROGRAM ROAD FAMILY FUN RUN SK SUNGAI KANTAN
TARIKH : 26 APRIL 2025 (SABTU)
TEMPAT : SK SUNGAI KANTAN, KAJANG
MASA : 8.00 PAGI
Larian Amal ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara warga sekolah, ibubapa dan komuniti setempat selain salah satu usaha mengumpul sumber kewangan bagi Program Sukan SK Sungai Kantan.
Program sangat meriah dengan penglibatan yang amat mengalakkan daripada ibubapa dan komuniti setempat. Turut hadir di acara pelepasan peserta YBhg Datok Mohd Said bin Mat Saman AJK MPP Zon 14, YM Raja Amir bin Raja Aman Shah, Pengerusi KRT Sungai Kantan dan AJK MPP Zon 14, En Mohd Safry bin Ahmad, Pn Rogiah bt Safar, Pn Hjh Roselina binti Mokhtar, Ahli Jawatankuasa MPP Zon 14, YDP PIBG Sk Sungai Kantan dan guru-guru SK Sungai Kantan. Berharap Program seperti ini dapat diadakan setiap tahun bagi membantu kewangan PIBG sekolah.
Ahli Majlis MPP Zon 14 berbesarhati menyumbang hamper, air meneral dan sara[an pagi untuk program tersebut.










