Pada 30 April 2025 berlangsung program Jamuan Aidilfitri Mpp Zon 16 & 18 X Komuniti Madani Sungai Ramal di Dewan Komuniti Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.
Jamuan Aidilfitri ini sempena merapatkan hubungan antara mpp Zon 16 & 18 bersama X Komuniti Madani Sungai Ramal. Jemputan jamuan aidilfitri di meriahkan lagi dengan para tetamu yang hadir.
Majlis jamuan Hari Raya mempunyai pelbagai juadah tradisional seperti rendang, lemang, dan ketupat disediakan untuk dinikmati bersama. Pelbagai juadah tambahan seperti satey juga turut disediakan. Pelbagai jenis kuih raya yang dihidangkan di setiap meja.
Persembahan dengan nyanyian lagu raya, tarian tradisional, dan sketsa bertemakan Hari Raya sering menjadi tarikan utama. Selain itu, acara memberi duit raya kepada kanak-kanak yang hadir. Tidak lupa juga dengan cabutan bertuah kepada tetamu yang hadir.
Untuk program ini Pejabat Ahli Majlis Zon 18 MPKj telah membelanjakan sebanyak RM1000.00 untuk program ini.
