MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri siri 4 – 1 & 3 Mei 2025

raya 4

HULU LANGAT, 3 Mei – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Siri 4 yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 1 dengan kerjasama persatuan penduduk setempat terus menyemarakkan suasana lebaran apabila berlangsung di tiga lokasi berbeza dalam tempoh dua hari.

Majlis dimulakan pada 1 Mei 2025 bertempat di Taman Desa Raya dari jam 9.00 malam hingga 11.00 malam, dan diteruskan pada 3 Mei 2025 di Taman Sri Mas (jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang) serta di Taman Titiwangsa pada sebelah malamnya, bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 malam.

Setiap lokasi mencatatkan anggaran kehadiran seramai 500 orang penduduk, yang hadir bagi meraikan kemeriahan Syawal bersama komuniti setempat. Turut hadir dalam kesemua majlis ialah Encik Afrodi bin Ali, yang hadir mewakili Ahli Majlis Zon 1 sebagai tetamu kehormat.

Majlis yang berlangsung dalam suasana ceria dan harmoni ini diserikan dengan pelbagai juadah Hari Raya serta aktiviti yang menggalakkan interaksi mesra antara penduduk. Kehadiran ramai penduduk jelas membuktikan semangat perpaduan dan kebersamaan masih utuh dalam kalangan komuniti.

sambutan Hari Raya juga telah diadakan pada 1 Mei 2025, bertempat di No. 1, Jalan Zamrud 1, Taman Sri Nanding, bermula jam 2.30 petang hingga 5.30 petang. Majlis ini dihadiri seramai 70 orang muslimah, yang terdiri daripada ahli Pertubuhan Perempuan, ahli senaman wanita serta penduduk setempat. Antara pengisian majlis termasuklah bacaan doa selamat, khusus untuk ahli keluarga yang bakal menunaikan ibadah haji pada minggu hadapan.

Dengan berakhirnya siri keempat ini, keseluruhan program sambutan Hari Raya anjuran MPP Zon 1 sepanjang April dan Mei 2025 telah berjaya menghimpunkan ribuan penduduk dalam suasana penuh muhibah dan kekeluargaan.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

bergu

Kejohanan Badminton Bergu MPP Zon 1- 1 November 2025

bergu

Kejohanan Badminton Bergu MPP Zon 1- 1 November 2025

dance

Program “Dance Line Fitness”- 4, 11, 18 dan 25 Oktober 2025

dance

Program “Dance Line Fitness”- 4, 11, 18 dan 25 Oktober 2025

Sukaneka

Program Sukaneka Kita Malaysia Merdeka

Sukaneka

Program Sukaneka Kita Malaysia Merdeka

Aktiviti Dari Semua Zon

denggi

Gotong-royong cegah denggi – 7 Disember 2025

denggi

Gotong-royong cegah denggi – 7 Disember 2025

senam

Program SENAM SIHAT MPP ZON 12 – 2,3,9,10,16,17,23,24,30 & 31 DECEMBER 2025 (DEWAN PERSATUAN PENDUDUK DESA SERI JENARIS)

senam

Program SENAM SIHAT MPP ZON 12 – 2,3,9,10,16,17,23,24,30 & 31 DECEMBER 2025 (DEWAN PERSATUAN PENDUDUK DESA SERI JENARIS)

smiley

PROGRAM WARGA EMAS “BE HEALTHY, GO SMILEY”

smiley

PROGRAM WARGA EMAS “BE HEALTHY, GO SMILEY”