Program Gotong-Royong Keceriaan telah berjaya dianjurkan pada 3 Mei 2025, bertempat di Sekolah Rendah Agama (SRA) Nanding. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai 50 orang ibu bapa dan guru yang turut sama berganding bahu menceriakan persekitaran sekolah.
Aktiviti gotong-royong ini bertujuan mewujudkan suasana yang lebih bersih, selesa dan kondusif untuk pembelajaran murid-murid, di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dan komuniti ibu bapa.
Program berakhir sekitar jam 12.00 tengah hari dalam suasana penuh kerjasama dan semangat kekitaan.



