HULU LANGAT, 17 Mei – Program Ramah Mesra dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah berjaya dianjurkan pada 17 Mei 2025 di dua lokasi berbeza, iaitu di Kampung Dusun Nanding dan Taman Tropika Langat.
Majlis di Kampung Dusun Nanding bermula pada jam 11.00 pagi dan telah dihadiri oleh Encik Rozelan selaku Ketua Kampung, manakala di Taman Tropika Langat, program bermula pada jam 8.00 malam dengan kehadiran Encik Khusairy selaku Pengerusi Persatuan Penduduk.
Kedua-dua program tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kehadiran orang ramai yang dianggarkan seramai 150 orang telah memeriahkan suasana majlis dengan pelbagai juadah, aktiviti santai dan perbualan mesra antara komuniti.
Program berakhir sekitar jam 11.00 malam dengan penuh suasana harmoni dan kegembiraan. Penganjuran ini membuktikan semangat perpaduan dan kerjasama erat dalam kalangan penduduk setempat terus kukuh dan dihargai.







