Pada 18 May 2025 satu program Kokodema “Berkebun Gaya Baru, Inovatif & Menguntungkan” pada pukul 8.45 pagi hingga 1 Tengah Hari. Program ini bertempat di Surau Asy-Syakirin Taman Tenaga Kajang. Seramai 50 para peserta yang telibat.
Seni Kokodema dan Usaha Memperkasa Wanita Tempatan. Program Kokodema di hadiri oleh Penyelaras DUN Sg Ramal iaitu Tuan Haji Mazwan Johar, Puan Yuliana sebagai PWB N26 Sg Ramal dan En Ramadhan Ahli Majlis Mpp Zon 18.
Program ini membuka ruang kepada wanita-wanita, khususnya ibu tunggal, mempelajari seni kokodema iaiti satu Teknik tanaman hiasan dari Jepun yang semakin mendapat tempat dan berpotensi untuk menjana pendapatan.
Tuan Hj Mazwan Johar memberi sedikit ucapan kepada para peserta yang terlibat dan menyatakan komitmen beliau untuk terus menyokong usaha-usaha memperkasakan ekonomi Wanita sama ada melalui Latihan Kemahiran, bantuan memulakan perniagaan, atau sokongan berterusan agar mereka dapat berdikari dan menyara keluarga.
Usaha kecil seperti ini mampu membuka peluang besar. Inisiatif seperti tidak harus terhenti di sini, malah perlu diperluas agar lebih ramai dapat manfaat. Tahniah kepada peserta yang terlibat bagi menjayakan program tersebut.
Pejabat Ahli Majlis telah menggunakan peruntukan sebanyak RM500.00 untuk program ini.
