HULU LANGAT, 18 Mei – Program Ramah Mesra yang turut diserikan dengan Mesyuarat Agung dan Sambutan Hari Raya telah berjaya dianjurkan pada 18 Mei 2025 bertempat di Taman Perkasa Indah. Program bermula pada jam 10.00 pagi dan berlangsung dengan meriah sehingga jam 2.00 petang.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh Y.B Mohd Sany bin Hamzan, Ahli Parlimen Hulu Langat yang turut bersama penduduk setempat dalam memeriahkan sambutan. Kehadiran dianggarkan seramai 150 orang yang terdiri daripada penduduk taman serta ahli persatuan.
Selain sesi ramah mesra, program ini juga turut melibatkan Mesyuarat Agung tahunan bagi membincangkan hal ehwal komuniti serta perancangan masa hadapan. Sambutan Hari Raya turut dimeriahkan dengan pelbagai juadah tradisional dan suasana penuh kemesraan antara komuniti setempat.
Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat, malah mengukuhkan semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan penduduk.



