MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Program skuad bencana

bencana

HULU LANGAT, 18 Mei – Program Skuad Bencana anjuran bersama komuniti setempat telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Mei 2025 bertempat di Madrasah Ahmadiah Diniah, Sungai Semungkis. Program bermula seawal jam 8.00 pagi dan turut dihadiri oleh Encik Suhaidy, Pengerusi Skuad Bencana Hulu Langat.

Seramai 40 orang peserta telah menyertai program ini yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana, khususnya dalam kalangan komuniti. Program turut menampilkan sesi taklimat dan demonstrasi khas daripada pasukan Bomba dan Penyelamat, yang memberi penerangan tentang langkah-langkah keselamatan, kaedah menyelamat dan penggunaan peralatan asas semasa kecemasan.

Sesi interaktif dan praktikal ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada para peserta. Program berakhir kira-kira jam 1.00 petang dengan harapan agar komuniti lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana pada masa akan datang.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

ambang

Sambutan ambang merdeka – 30 Ogos 2025(Taman Perkasa)

ambang

Sambutan ambang merdeka – 30 Ogos 2025(Taman Perkasa)

riadah

Program riadah merdeka – 30 ogos 2025

riadah

Program riadah merdeka – 30 ogos 2025

ceria

Gotong-royong keceriaan-29 Ogos 2025

ceria

Gotong-royong keceriaan-29 Ogos 2025

Aktiviti Dari Semua Zon

Contoh Aktiviti 1 Zon 23

Contoh Aktiviti 1 Zon 23

Contoh Aktiviti 3 Zon 22

Contoh Aktiviti 3 Zon 22

Contoh Aktiviti 2 Zon 22

Contoh Aktiviti 2 Zon 22