Pada 24 May 2025 Program “WOW, Cantiknya Resin, Jom Belajar Buat Sendiri” pada pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari. Program ini bertempat di Dewan Komuniti Residensi Zamrud Blok A&B. Seramai 40 para peserta yang telibat.
Program Kraftangan Kawat Bunga Bulu di hadiri oleh Penyelaras DUN Sg Ramal iaitu Tuan Haji Mazwan Johar, Puan Yuliana sebagai PWB N26 Sg Ramal dan En Ramadhan Ahli Majlis Mpp Zon 18 bersama Komuniti Wanita Residensi Zamrud.
Program ini membuka ruang kepada wanita-wanita untuk mempelajari seni Kraftangan Kawat Bunga Bulu. Kawat Bungu Bulu atau Chenille stem, Pipe Cleaner ialah bahan kraf yang fleksibel dan mudah di bentuk.
Cara asas buat Kawat Bunga Bulu ialah bentuk beberapa kelopak menggunakan kawat bulu, satukan kelopak dengan tembak, tambah batang lidi atau kawat hijau dan putik palsu di tengah dan balut batang dengan pita bunga untuk tampilan natural. Program ini berpotensi untuk menjana pendapatan.
Usaha kecil seperti ini mampu membuka peluang besar. Inisiatif seperti tidak harus terhenti di sini, malah perlu diperluas agar lebih ramai dapat manfaat. Tahniah kepada peserta yang terlibat bagi menjayakan program tersebut.
Pejabat Ahli Majlis telah menggunakan peruntukan sebanyak RM500.00 untuk program ini.
