TARIKH : 13 JUN 2025
TEMPAT : WARONG TEPI KEBUN , TAMAN DESA ROS KAJANG
PROGRAM : SEMBANG SANTAI BERSAMA KOMUNITI TAMAN DESA ROS, KAJANG
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Desa Ros En Nizam Aziz mengadakan Sembang Santai Komuniti Taman Desa Ros, Kajang. Program dihadiri lebih kurang 30 orang penduduk. Program dimulakan dengan suai kenal dan luahan aduan yang melibatkan persekitaran setempat. Aduan berkenaan notis perobohan garaj dan kawasan taman permaian yang uzur dan sering bertakung air apabila hari hujan disebabkan peparitan atau longkang yang tersumbat.
Di Perjumpaan tersebut Ahli Majlis Zon 14 berbesar hati menaja minum pagi untuk 30 orang .



