Kejohanan Bola Sepak Liga LGPK telah berjaya dianjurkan pada 22 Jun 2025 bertempat di Padang Awam Batu 14, Hulu Langat. Program bermula seawal jam 8.00 pagi dan melibatkan perlawanan bola sepak menggunakan format liga serta gol bersaiz kecil.
Sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini, dengan anggaran keseluruhan penyertaan seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Kejohanan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, disiplin serta mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan penduduk setempat.
Pelbagai aksi menarik telah dipertontonkan sepanjang kejohanan, dengan semangat kesukanan yang tinggi ditunjukkan oleh semua pasukan. Program berakhir kira-kira jam 5.00 petang dengan jayanya.








