Program Gotong-Royong Bersama Askar Wataniah telah diadakan pada 28 Jun 2025 bertempat di Kompleks Penghulu Batu 14, Hulu Langat. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan melibatkan aktiviti pembersihan kawasan sekitar Dewan Batu 14 serta pameran aset ketenteraan oleh anggota Wataniah.
Program ini mendapat sambutan menggalakkan dengan anggaran penyertaan seramai 100 orang yang terdiri daripada anggota tentera, penduduk setempat, serta sukarelawan. Kehadiran pasukan Wataniah bukan sahaja membantu dari segi tenaga kerja, malah turut memberi pendedahan kepada masyarakat tentang peranan dan aset ketenteraan yang dimiliki.
Program berakhir kira-kira jam 1.00 petang dan telah berjalan dengan lancar serta mencapai matlamat utama untuk memupuk kerjasama antara masyarakat dan pasukan keselamatan.


