TARIKH : 4 JULAI 2025
TEMPAT : MASJID SAUJANA IMPIAN
PROGRAM : SAMBUTAN AWAL MUHARRAM
Sempena kedatangan tahun baru Islam, Masjid Saujana Impian mengadakan sambutan dengan Ceramah Agama bertajuk Hijrah & Akhlak.
Pengisian program dimulai dengan bacaan Yassin dan Solat Maghrib berjemaah. Disusuli dengan Ceramah Agama oleh Ust Al Fadhil Abdul Razak Mahadi dengan tajuk Hijrah & Akhlak. Program ini dihadiri lebih daripada 200 orang terdiri daripada kariah Masjid Saujana Impian dan kejiranan yang berhampiran.
Ahli Majlis Zon 14 berbesarhati menaja makan malam untuk 200 orang tetamu di majlis tersebut.
Tentatif Program :
6.45 petang : Ketibaan Para Jemaah
7.00 malam : Bacaan Yassin
7.25 malam : Solat Maghrib
8.00 malam : Ceramah Agama oleh Ust Al Fadhil Abdul Razak Mahadi
Tajuk : Hijrah & Akhlak
9.15 malam : Solat Isyak
9.30 malam : Jamuan Makan
: Bersurai




