LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG MENYELENGGARA GELANGGANG TAKRAW TAMAN PRIMA SAUJANA 2
Tarikh: 27 Julai 2025
Hari: Ahad
Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Gelanggang Takraw, Taman Prima Saujana 2, Kajang
Anjuran: Komuniti Penduduk Taman Prima Saujana 2 dengan kerjasama KRT dan Pasukan Takraw Prima Saujana
1. TUJUAN PROGRAM
Program gotong-royong ini bertujuan untuk:
- Menyelenggara gelanggang takraw yang telah uzur.
- Membersihkan kawasan sekitar gelanggang.
- Mengecat semula permukaan gelanggang dan tiang jaring.
- Menyemai semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan penduduk.
- Menyerahkan sumbangan jersi rasmi kepada pasukan takraw taman.
2. PENGISIAN PROGRAM
Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program termasuk:
- Kerja-kerja Pembersihan: Pemotongan rumput, pengumpulan sampah, pembersihan longkang di sekitar kawasan gelanggang.
- Mengecat: Mengecat semula garisan gelanggang, tiang jaring serta bangku penonton.
- Pembaikan Kecil: Penukaran jaring baru dan membaiki permukaan gelanggang yang retak.
- Penyerahan Sumbangan Jersi: Majlis ringkas penyerahan jersi baharu oleh Pengerusi JKKK kepada wakil pasukan takraw Taman Prima Saujana 2.
3. PENYERTAAN
Program ini telah disertai oleh lebih 50 orang penduduk pelbagai lapisan umur, termasuk:
- Ahli KRT
- Ahli Pasukan Takraw
- Penduduk setempat (remaja dan dewasa)
- Sukarelawan dari kawasan berhampiran
4. SUMBANGAN & PENGLIBATAN
- Jersi Pasukan: Disumbangkan oleh Ahli Majlis Zon 12, EN.IR RUSMAN BIN ABU SAMAH.
- Cat & Alat Pembersihan: Disediakan melalui kutipan dana komuniti, Ahli Majlis dan sumbangan individu.
- Minuman & Makanan: Disumbangkan oleh Ahli Majlis, ahli-ahli taman dan peniaga tempatan.
5. RUMUSAN
Program gotong-royong ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Ia bukan sahaja memperbaiki kemudahan sukan untuk kegunaan komuniti, malah mempereratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan penduduk. Pihak penganjur merancang untuk mengadakan program susulan seperti kejohanan takraw dalaman taman bagi memanfaatkan gelanggang yang telah dibaik pulih ini.









